Thursday, December 3, 2009

Asmawi Ani (Mawi)



Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Perkahwinan Mawi & Ekin

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat dari negeri Johor juga .Majlis pernikahan akan diadakan di masjid Johor Bahru . Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari 2008, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF). Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Pencapaian

2005
Juara Akademi Fantasia Musim 3
Anugerah Bintang Popular 2005
Bintang Paling Popular
Penyanyi Lelaki Popular
Artis Baru Lelaki Popular
MTV Awards 2005
Artis Paling Popular Malaysia

2006
Anugerah Bintang Popular 2006
Bintang Paling Popular
Penyanyi Lelaki Popular
Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)
Hits 1 (RTM1/Malaysia)
Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
Anugerah Juara Lagu 2005 (TV3/Malaysia)
Persembahan Terbaik - "Aduh Saliha"
Kategori Etnik Kreatif - "Aduh Saliha"
Anugerah Era 2006
Penyanyi Lelaki Popular
Lagu Balada Popular - "Kian"
Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
Artis SMS Digi
Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)
Anugerah Planet Muzik 2006
Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"

2007
Anugerah Juara Lagu 2007
Persembahan Terbaik - "Angan Dan Sedar"
Anugerah Planet Muzik 2007
Lagu Paling Popular - "Kian"
Artis Lelaki Paling Popular

Album

Best Of Mawi World (Ogos 2005) Jualan 165,000 unit
Mawi... Yang Tercinta (November 2005) Jualan 126,000 unit
Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (April 2006) Jualan 118,000 unit
Mawi Yang Tercinta MTV Karaoke (2006)
Selingkar Kisah (Kehidupan Seharian Mawi di AF) (2006)
Satu Dalam Seribu (2007)
Allah Habeebi (2008)

Single

Aduh Saliha
Lagu Jiwa Lagu Cinta(duet bersama M.Nasir)
Kian
Langit Biru
Angan dan Sedar
Cinta Zulaikha
Sujud(duet bersama KRU)

Filem

Aduh Saliha (tergantung)
Jin Notti

_______________________________________

Latar Belakang

Nama lahir :Asmawi bin Ani
Kelahiran :25 Ogos 1981 (umur 28)
Asal :Kulai, Johor, Malaysia
Genre :Pop, Ballad, Nasyid
Pekerjaan :Penyanyi, Pelakon, Model, Duta
Alat muzik :Vokal
Tahun :aktif 2005–kini
Label :Life Records
Laman sesawang :Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MawiFC)

No comments:

Post a Comment